- 男方申请离婚。女方宣称离婚破裂是因为婚姻出现第三者,男方在离婚后的一个月内就娶了第三者。男方则指责女方当初在毫无理由下就离开婚姻产业。
- 妻子要求:
- 男方需支付在2010年10月至2013 年6月期间拖欠的赡养费,总数为RM11,500.00;
- 男方需支付女方100千为一次性赡养费;
- 申请法庭宣判男方的EPF是属于婚姻财产;和
- 男方一半的EPF转让给女方。
- 男方争议说由于女方没有纳第三者为诉讼一方,这已破坏了女方宣称男方有外遇的理由。 而且男方跟第三者在离婚后结婚注册,并不能证明男方通奸,这是因为男方在离婚后有绝对的自由和权力与任何一个女子结婚。男方也指女方必须证明她离开婚姻产业的理由是因为男方的行为,让女方没有办法再跟男方生活下去。
- 另外,男方也抗辩说他不需要付赡养费,这是因为女方自己搬离婚姻产业后,虽然男方要求她回来住,但却被女方拒绝。同时,女方也有能力自己做工。而且女方要求获得他一半的公积金是不合理的,因为妻子并没有对男方的EPF做出什么贡献。
- 虽然双方有不同版本的故事,法官觉得婚姻破裂的主要因素是源自于男方的行为所致。由于男方一离婚就与第三者结婚,这个举止更巩固女方所指的男方与第三者的通奸行为。法庭也表示当初在妻子提出追讨拖欠赡养费的要求时,丈夫并没有在盘问妻子的时候,提出抗议拖欠赡养费的事,因此这被默认为他接受他的确拖欠赡养费和拖欠的数额。法庭因此批准了妻子要求的丈夫付还拖欠的赡养费。
- 尽管婚姻法令并没有清楚注明法律允不允许女方追讨过去未付的赡养费,但是这并不代表法庭没有权力判男方必须付之前未付的赡养费给女方。
- 法庭在衡量丈夫要给妻子多少的赡养费时,会考量婚姻的长短、婚姻是否有孩子、双方的年龄、丈夫是否在婚姻期间有给与妻子经济上的支柱、双方的收入、离婚是否会影响丈夫的财务状况。Dalam menentukan jumlah atau kuantum nafkah isteri kepada Responden maka adalah wajar diberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:
- Kemampuan Pempetisyen 男方的能力
- Keperluan Responden; 女方的需求
- Tahap kepecahbelahan perkahwinan oleh pihak-pihak 谁是导致婚姻破裂的一方
- Tempoh perkahwinan 婚姻的长短
- Fakta isteri bekerja tidak bermaksud isteri tidak layak kepada nafkah isteri. 妻子有工作并不意味着她就不能要求赡养费
- 虽然男方称他一直以来的开销非常高,但是法官觉得,男方可以再减低开销,节俭,来支付女方的赡养费。法官觉得婚姻破裂的主要原因是源自于男方,所以男方必须负责支付女方的赡养费。虽然女方有工作,有收入,但这并不意味着男方可以免除身为丈夫的责任,所以还是必须支付女方的赡养费。而且这对夫妇的婚姻长达12年,这算是一段蛮长的婚姻。
- 然而女方要求男方支付100千为一次性的赡养费,法庭考量了男方的收入和支出,法庭觉得男方并没有办法拿出100千,女方也没有提出证据证明男方有足够的存款来支付100千。
- 法庭在做出多方面的考量后,认为合理的数额是:
- 男方支付女方每个月RM500.00 赡养费;
- 男方需要一次性向女方支付2010 年 10 月至 2013 年 6 月期间的赡养费欠款 RM11,550.00 和每年 4% 的利息;
- 法庭同意女方的说法,即EPF属于婚姻财产之一;和
- 女方有权力分得男方50%的KWSP,期间是从他们结婚注册那天直到离婚的那天。
详细的案情和判决,请阅读以下的马来文版文章。
Pengenalan
- Ini adalah petisyen perceraian di antara Pempetisyen/Suami dan permohonan untuk nafkah dan jumlah kuantum yang wajar ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pempetisyen diberikan kepada Responden sebagai aset perkahwinan.
Ringkasan Fakta Kes
- Secara ringkasnya, punca berlakunya perceraian di antara Pempetisyen dan Responden antaranya ialah Pempetisyen dikatakan mempunyai perempuan simpanan bernama Gayathri a/p Nanda Kumar dan Pempetisyen seterusnya telah berkahwin dengan Gayathri selepas beberapa bulan dekri mutlak diperoleh. Manakala Responden dikatakan telah dengan sengaja meninggalkan rumah suami isteri tanpa sebab-sebab yang munasabah.
- Memandangkan Pempetisyen dan Responden telah bercerai maka telah dipersetujui oleh Pempetisyen dan Responden isu-isu yang perlu dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini seperti berikut:
a) Tunggakan nafkah isteri sebanyak RM11,800.00 yang perlu dijelaskan oleh Pempetisyen kepada Responden bagi tempoh Oktober 2010 sehingga Jun 2013;
b) Nafkah isteri sekaligus sebanyak RM100,000.00;
c) Satu deklarasi bahawa KWSP Pempetisyen merupakan aset perkahwinan; dan
d) Satu deklarasi bahawa separuh (1/2) bahagian KWSP Pempetisyen dipindahmilik kepada Responden.
Isu-isu untuk diputuskan:
(a) Sama ada Responden berhak kepada nafkah isteri dan berapa jumlah kuantumnya; dan
(b) Sama ada KWSP Pempetisyen merupakan aset perkahwinan dan berapa jumlah kuantum yang wajar diberikan kepada Responden.
Hujahan Pempetisyen (Suami)
- Pempetisyen berhujah bahawa walaupun Pempetisyen dikatakan mempunyai hubungan intim dengan perempuan bernama Gayathri tetapi Responden gagal membuktikan Pempetisyen telah melakukan zina dengan Gayathri. Responden menuduh Pempetisyen melakukan zina semata-mata untuk membuktikan bahawa disebabkan perlakuan zina Pempetisyen dengan Gayathri tersebut maka Responden telah meninggalkan rumah suami isteri dan Responden tidak menyumbang kepada pecah belah rumah tangga. Kegagalan Responden menjadikan Gayathri sebagai pihak kepada petisyen perceraian ini telah menjejaskan kes Responden dengan membuat rujukan kepada kes Karen Cheong Yuen v Phua Cheng Chuan [2004] MLJU 291. 男方争议说由于女方没有纳第三者为诉讼一方,这已破坏了女方宣称男方有外遇的理由。
- Pempetisyen juga berhujah bahawa Responden telah gagal mengemukakan bukti Pempetisyen telah melakukan zina dengan Gayathri kerana Responden tidak memplidkan bahawa beliau telah meninggalkan rumah suami isteri disebabkan perlakuan zina oleh Pempetisyen dengan Gayathri. Usaha Responden untuk membawa fakta bahawa Pempetisyen telah berkahwin dengan Gayathri beberapa bulan setelah memperoleh Dekri mutlak tidak boleh dikaitkan dengan perlakuan zina di antara Pempetisyen dan Gayathri kerana Pempetisyen bebas berkahwin semula selepas mendapat dekri mutlak. Memandangkan Responden tidak membawa keterangan bahawa Pempetisyen telah melakukan zina maka Responden gagal membuktikan Pempetisyen telah melakukan zina melampaui keraguan yang munasabah dengan merujuk kepada kes Lim Nyun Yin v Gan Kim Biow & Ors [1982] 2 MLJ 68. 男方跟第三者在离婚后结婚注册并不能证明男方通奸,这是因为男方在离婚后有绝对的自由与任何女子结婚。
- Berkaitan dengan hak nafkah isteri, Pempetisyen berhujah bahawa Responden telah meninggalkan rumah suami isteri secara sukarela. Maka adalah menjadi tugas Responden untuk mengemukakan bukti bahawa beliau meninggalkan rumah suami isteri disebabkan tidak sanggup hidup bersama Pempetisyen hasil daripada perbuatan Pempetisyen. Manakala Pempetisyen telah berjaya mengemukakan bukti bahwa Pempetisyen telah menjemput Responden balik ke rumah suami isteri tetapi Responden berdegil untuk tidak menerima pelawaan Pempetisyen. 男方说,女方必须证明她离开婚姻产业的理由是因为男方的行为让女方没有办法再跟男方生活下去。
- Tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM11,800.00 dan nafkah sekaligus sebanyak RM100,000.00 adalah tidak munasabah dan perlu ditolak kerana Responden telah meninggalkan rumah secara sukarela dan enggan kembali ke rumah suami isteri walaupun telah dijemput oleh Pempetisyen. Selain daripada itu, Responden mempunyai pekerjaan dan berpendapatan bersih sebanyak RM1,957.00 sebulan dan mencukupi untuk menanggung perbelanjaan sendiri. Manakala Pempetisyen terpaksa menanggung perbelanjaan diri sendiri dan isteri. 男方抗辩说他不需要付赡养费,这是因为女方自己搬离婚姻产业,虽然男方要求她回来却被女方拒绝。同时,女方也有能力自己做工。
- Tuntutan Responden untuk setengah bahagian KWSP Pempetisyen adalah tidak munasabah kerana sumbangan KWSP perlu dibuat oleh kedua- dua pihak di mana suami dan isteri bekerja. Memandangkan dalam konteks tuntutan Responden hanya Pempetisyen seorang sahaja membuat sumbangan KWSP dan tuntutan setengah bahagian KWSP Pempetisyen oleh Responden adalah mengelirukan dan perlu ditolak.
Hujahan Peguam Responden (Isteri)
- Responden berhujah bahawa berkaitan dengan tunggakan nafkah Responden sebanyak RM11,800.00 dan nafkah Responden sekaligus sebanyak RM100,000.00 tidak menjadi isu kerana semasa Responden memberikan keterangan, Responden tidak disoalbalas mengenai fakta ini.
- Prinsip undang-undang bagi nafkah isteri adalah jelas di peruntukan dalam seksyen 77(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (AMUUPP 1976) dan tanggungjawab Pempetisyen sebagai suami untuk memberi nafkah isteri adalah jelas dinyatakan dalam “common law duty” walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
- Berkaitan dengan kuantum nafkah isteri, peguam Responden telah berhujah dengan membuat rujukan kepada seksyen 78 AMUUPP 1976 dan meminta kepada Mahkamah untuk membuat pertimbangan kepada kemampuan Pempetisyen, keperluan Responden, tahap kepecahbelahan perkahwinan, tempoh perkahwinan dan fakta isteri bekerja bukanlah kriteria.
- Responden berhujah bahawa adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap KWSP merupakan aset perkahwinan dan seharusnya dibahagikan secara separuh kepada Responden dan KWSP Responden tidak boleh diambil kira kerana Pempetisyen tidak memplidkan KWSP Responden dalam mana-mana pliding Pempetisyen.
Keputusan
- Di antara fakta yang tidak dipertikaikan oleh kedua-dua belah pihak ialah pada 15.5.2014, Mahkamah ini telah memerintahkan perkahwinan Pempetisyen dan Responden dibubarkan dan dikri mutlak berkuatkuasa pada 15.8.2014. Pada 10.9.2014, Pempetisyen telah mendaftarkan perkahwinan dengan Gayathri a/p Nanda Kumar. Sehubungan dengan itu, isu yang dibangkitkan oleh Responden berkaitan dengan penzinaan di antara Pempetisyen dengan Gayathri yang mana dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pempetisyen, pada pendapat saya telah menjadi akademik dan tidak perlu saya membuat dapatan mengenainya.
- Walau bagaimanapun, dalam menentukan pemberian nafkah oleh Pempetisyen kepada Responden, saya perlu membuat analisa kepada keterangan yang ada sama ada siapa yang bertanggungan terhadap pecah belah rumahtangga dan adakah Pempetisyen masih bertanggungan untuk memberikan nafkah kepada Responden.
- Dalam keterangan yang dikemukakan, Pempetisyen mengatakan bahawa Responden yang telah meninggalkan rumah suami isteri dalam bulan September 2010 secara sukarela dan Pempetisyen tidak pernah menghalau Responden dari rumah tersebut. Malah Responden telah enggan kembali ke rumah suami isteri walaupun Pempetisyen beberapa kali menjemput Responden. Manakala Responden telah memberi keterangan bahawa Pempetisyen mempunyai hubungan intim dengan seorang perempuan bernama Gayathri dan Pempetisyen pada suatu masa telah bersusah payah dan ambil berat berkaitan dengan anak Gayathri sehingga mengakui beliau sebagai penjaga kepada anak Gayathri. Lebih parah lagi, Pempetisyen pernah menampar Responden apabila Responden cuba bersemuka dengan Gayathri sehingga menyebabkan Pempetisyen membuat laporan polis (Seberang Jaya/008300/10).
- Setelah memberi pertimbangan kepada keterangan-keterangan di atas, adalah menjadi dapatan saya bahawa pecah belah rumahtangga di antara Pempetisyen dan Responden dan di atas imbangan keberangkalian adalah lebih berpunca daripada perbuatan Pempetisyen kepada Responden. Keterangan Responden bahawa Pempetisyen mempunyai hubungan sulit dengan Gayathri semasa perkahwinan mereka dikuatkan lagi dengan terbuktinya Pempetisyen telah berkahwin dengan Gayathri selepas mendapat dikri mutlak. Sekiranya Pempetisyen tidak ada hubungan sulit dengan Gayathri, saya percaya hubungan suami isteri di antara Pempetisyen dan Responden masih boleh diselamatkan. 虽然双方有不同版本的故事,法官觉得婚姻破裂的主要因素是源自于男方的行为所致。由于男方一离婚就与第三者结婚,这个举止更巩固女方所指的男方与第三者的通奸行为。
- Dalam keadaan ini saya berpendapat Pempetisyen perlu membayar nafkah kepada Responden dan Pempetisyen dikehendaki membayar nafkah tertunggak dari bulan September 2010 sehingga tarikh keputusan dibuat. Hasil daripada penelitian saya pada keterangan, saya bersetuju dengan hujahan Responden bahawa isu berkaitan dengan tunggakan nafkah isteri yang dipohon oleh Responden tidak disoalbalas oleh Pempetisyen. Prinsip undang-undang adalah jelas menegaskan bahawa sekiranya keterangan saksi yang material tidak disoalbalas maka keterangan saksi tersebut adalah diterima dan diakui seperti yang diputuskan dalam kes Aik Ming (M) Sdn Bhd & Ors v Chang Ching Chuen & Ors and another appeal [1995] 2 MLJ 770 (COA) seperti berikut:
“ … . It is essential that a party’s case be expressly put to his opponent’s material witnesses when they are under crossexamination. A failure in this respect may be treated as an abandonment of the pleaded case and if a party, in the absence of valid reasons, refrains from doing so, then he may be barred from raising it in argument. It is quite wrong to think that this rule is confined to the trial of criminal causes. It applies with equal force in the trial of civil causes as well.”
- Dalam menentukan sama ada saya dibolehkan membuat perintah berkaitan nafkah tertunggak kerana tidak terdapat peruntukan yang jelas berkaitan dengannya dalam AMUUPP 1976, saya merujuk kepada kes Lee Yu Lan v Lim Thain Chye [1984] 1 MLJ 56 (HC) di mana Mahkamah pernah membenarkan tuntutan nafkah isteri tertunggak seperti berikut:
“…the Court would not precluded in the absence of an express provision to that effect, from making any order for past maintenance by virtue of Married Women and Children (Maintenance) Act 1950, from an antecedent date of neglect or refusal to maintain.” 婚姻法令并没有清楚注明法律允不允许女方追讨过去未付的赡养费,但是这并不代表法庭没有权力判男方必须付之前未付的赡养费给女方。
- Prinsip undang-undang bagi nafkah isteri terdapat adalah diperuntukan dalam seksyen 77(1) AMUUPP 1976 dan taksiran kuantumnya terdapat dengan jelas dalam seksyen 78 AMUUPP 1976. Rujukan dibuat ke atas keputusan kes Koay Cheng Eng v Linda Herawati Santosa [2008] 4 CLJ 105 seperti berikut:
“…In assessing the means and needs of the parties the court has always had regard to the duration of the marriage, whether there were any children of the marriage, the age of the parties, whether the husband had financially supported the wife during the duration of their marriage, the parties earning capabilities and whether the divorce would have affected the husband’s position financially.” 法庭在衡量丈夫要给妻子多少的赡养费时,会考量婚姻的长短、婚姻是否有孩子、双方的年龄、丈夫是否在婚姻期间有给与妻子经济上的支柱、双方的收入、离婚是否会影响丈夫的财务状况。
- Dalam menentukan jumlah atau kuantum nafkah isteri kepada Responden maka adalah wajar diberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:
(i) Kemampuan Pempetisyen 男方的能力
(ii) Keperluan Responden; 女方的需求
(iii) Tahap kepecahbelahan perkahwinan oleh pihak-pihak 谁是导致婚姻破裂的一方
(iv) Tempoh perkahwinan 婚姻的长短
(v) Fakta isteri bekerja tidak bermaksud isteri tidak layak kepada nafkah isteri. 妻子有工作并不意味着她就不能要求赡养费
- Berkaitan dengan kemampuan Pempetisyen dan keperluan Responden, saya dapati Pempetisyen mempunyai pekerjaan yang tetap dan berpendapatan bersih lebih kurang RM7,948.00 dan Responden pula bekerja dengan pendapatan lebih kurang sebanyak RM2,000.00 sebulan. Dari keterangan, jelas menunjukkan Pempetisyen mempunyai tanggungan yang hampir melangsaikan keseluruhan pendapatannya. Saya berpendapat Pempetisyen boleh mengurangkan perbelanjaan bulanannya sekiranya beliau lebih berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan bulanannya untuk memberi nafkah kepada Responden. 虽然男方每个月的开销很高,但是法官觉得,男方可以再减低开销,节俭,来支付女方的赡养费。
- Tambahan lagi, saya telah membuat dapatan seperti di atas di mana Pempetisyen adalah penyebab utama berlakunya pecahbelah rumahtangga di antara Pempetisyen dan Responden lantas Pempetisyen adalah bertanggungjawab untuk beri nafkah kapada Responden. Walaupun Responden bekerja dan mempunyai pendapatan tetap bulanan, ini tidak bererti Pempetisyen boleh melepaskan tanggungjawab beliau dari memberi nafkah kepada Responden dengan membuat rujukan kepada kes Nguan Chwee Ling v Lim Lai Huat [1994] 3 CLJ 576:
“…sungguhpun isteri mempunyai pendapatan tetap ini tidak membebaskan suami daripada membayar nafkah” 法官觉得婚姻破裂的主要原因源自于男方,所以男方必须负责支付女方的赡养费。虽然女方有工作,有收入,但这并不意味着男方可以免除身为丈夫的责任,支付女方赡养费。
- Pada fahaman saya dari keputusan kes ini, Pempetisyen masih lagi bertanggungan untuk memberi nafkah kepada Responden kerana pecahbelah rumah tangga mereka disebabkan sebahagian besarnya oleh Pempetisyen dan tempoh perkahwinan di antara mereka selama 12 tahun merupakan satu tempoh yang agak lama walaupun Responden mempunyai pekerjaan tetap. 这对夫妇的婚姻长达12年,这是一段蛮长的婚姻。
- Berkaitan dengan tuntutan Responden untuk tuntutan nafkah isteri secara sekaligus sebanyak RM100,000.00, setelah memberi pertimbangan kepada tanggungan dan komitmen Pempetisyen, saya tidak dapat memenuhi tuntutan ini kerana sukar bagi Pempetisyen untuk berbuat demikian kerana tidak ada bukti beliau mempunyai simpanan wang yang mencukupi. 至于女方要求男方支付100千为一次性的赡养费,法庭考量了男方的收入和支出,法庭觉得男方没有办法拿出100千,女方也没有提出证据证明男方有足够的存款来支付100千。
Kesimpulan
- Berdasarkan kepada dapatan-dapatan saya di atas dan dengan mengambil kira jumlah pendapatan bulanan dan tanggungan Pempetisyen serta pendapatan bulanan Responden, adalah diputuskan berkaitan dengan nafkah yang perlu diberikan oleh Pempetisyen kepada Responden seperti berikut:
(i) Pempetisyen diperintahkan membayar nafkah isteri kepada Responden sebanyak RM500.00 sebulan mulai tarikh petisyen ini difailkan sehingga Responden berkahwin semula; dan
(ii) Pempetisyen diperintahkan membayar nafkah tertunggak kepada Responden secara sekaligus dari bulan Oktober 2010 sehingga Jun 2013 sebanyak RM11,550.00 dan faedah sebanyak 4% setahun dikira dari perintah dibuat sehingga penyelesaian penuh oleh Pempetisyen.
- Dalam menentukan KWSP Pempetisyen merupakan eset matrimonial, saya merujuk kepada prinsip undangundang yang diputuskan dalam kes Koay Cheng Eng v Linda Herawati Santosa:
“…I am of the same view that EPF contributions are matrimonial assets when acquired during the marriage
…I am making an order that the wife be entitled to half of the amount standing to the account of the husband’s EPF account as at the time of this divorce and such monies should be paid out to the wife when the same is made payable to the husband.”
- Dalam kes di hadapan saya, Responden berkahwin dengan Pempetisyen pada 3.3.2002 dan dikri nisi dijadikan mutlak pada 15.8.2014. Sehubungan dengan itu berdasarkan kepada prinsip undang-undang di atas, Responden adalah berhak kepada separuh daripada KWSP Pempetisyen dalam tempoh yang dinyatakan di atas. Wang simpanan KWSP Pempetisyen dalam tempoh perkahwinan Pempetisyen dengan Responden perlu dibayar kepada Responden apabila wang simpanan KWSP Pempetisyen boleh dikeluarkan oleh Pempetisyen. 由于男方的KWSP也是属于婚姻产业之一,女方是有权力分得男方50%的KWSP,期间是从他们结婚注册那天直到离婚的那天。
- Pempetisyen diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000.00 kepada Responden.
Source: Kogilan a/l Muniandy v Jessinta a/p Lurudusamy [2016] MLJU 590. High Court Oulau Pinang. Abdul Wahab bin Mohamed PK.
==============================
*如果您需要聘请律师处理法律事务,请联系我们。
*如果您需要法律咨询(付费),请联系我们。
*我们的律师楼拥有超过18年的执业经验。我们有处理民事纠纷(打官司/法庭诉讼)、商业纠纷、劳工纠纷(工业法庭)、追讨债务、遗产分配、立遗嘱、离婚、抚养权、赡养费、产业分配、领养小孩、拟商业合约、拟雇佣协议、拟买卖合约、银行贷款、法律咨询、法律顾问、等法律事务。全马的案件,我们皆有处理。*We have more than 18 years of experience in the legal profession. We handle matters such as civil litigation, commercial disputes, labour disputes (Industrial Court), debt recovery, probate & letter of administration, will, divorce, children custody, maintenance/alimony, adoption, distribution of matrimonial assets, drafting commercial agreement, drafting employment contract, drafting sale and purchase agreement, process loan documentations, legal consultation, legal advisory, miscellaneous legal works.
*我们的律师楼网站拥有超过2000则法律文章,免费供民众阅读参考。欢迎填写您的资料,订阅我们的法律文章: www.kuekong.com
*Wilson Kuek律师是“法律与你同行 Law & Justice”面子书群组的创办人。“法律与你同行”是马来西亚最大的法律平台。我们的平台每天为无数的平民百姓免费解除各类的法律困扰。
*加入我们的Telegram: https://t.me/LawAndJusticeGroup
*加入 我们的“法律与你同行”FB 群组: http://bit.ly/fblawnjustice
*Like 我们的“法律与你同行” FB Page: http://bit.ly/lawnjusticefbpage
*订阅我们的YouTube: http://bit.ly/lawnjustice
*Kuek, Ong & Associates. Advocates & Solicitors. No.86-1, Jalan Mahagoni 1, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
#Kuek, Ong & Associates #Kuek Ong & Associates #Kuek Ong Associates #Klang Legal Firm #Klang Lawyer #KL Lawyer #Kuala Lumpur Lawyer #Chinese Lawyer in Malaysia #Malaysia Lawyer #Litigation Lawyer #Divorce Lawyer #reputable lawyer #trustworthy lawyer
#郭汪律师事务所 #郭汪律师楼 #巴生律师楼 #吧生律师楼 #马来西亚华人律师 #懂华文的律师 #懂华语的律师 #KL律师 #吉隆坡律师 #民事诉讼律师 #民事案律师 #专打官司的律师 #专打官司律师 #工业法庭律师 #劳工法庭律师 #专打离婚案的律师 #专打离婚案律师 #处理离婚的律师 #处理离婚案的律师 #离婚律师 #买卖合约律师 #有经验的律师 #好律师 #专业的律师 #值得信赖的律师 #信得过的律师 #靠得住的律师 #靠谱的律师 #利害的律师 #有信誉的律师 #有声望的律师 #有名声的律师 #出名的律师 #有名的律师 #有实力的律师
#婚姻产业 #epf #kwsp #赡养费 #如何算赡养费 #赡养费如何算 #epf应该给多少给女方 #epf应该分多少给女方 #epf应该分多少给太太 #epf应该分多少给妻子 #epf应该分多少给老婆 #能分多少 #epf应该给多少给太太 #epf应该给多少给妻子 #epf应该给多少给老婆 #epf女方能拿多少巴仙 #男方立刻就结婚注册 #未支付的赡养费 #欠下的赡养费
#not challenged #not cross-examine #not cross examine